Freshlook Colourblends Lenses Review


Ini pengakuan besar... 


I AM A COLOURED CONTACT LENS JUNKIE.

Pertama kali pakai colour contacts masa umur 16 tahun. Sanggup tu simpan duit semata2 nak beli contact lens. Masa tu colour contacts mahal gila kot sebab ada kat kedai spek je. Bahagia betul remaja zaman sekarang ni ye boleh beli colour contacts kat IG je.

So hari ni nak cerita sikit pasal Freshlook Colourblends lenses. Ni first time cuba sebenarnya. Selama ni tak pernah beli sebab Freshlook ni jatuh dalam kategori contacts mahal. Kalau takde sale harga dia paling koman pun mesti above RM50. Tapi disebabkan sale, dapatlah beli 3 pasang lense ni dengan harga RM40 sepasang. 


■□■ So, do I like it? ■□■ 


PROS:
● colour sangat cantik
● realistic and natural

CONS:
● not very breatheable
● cepat kering
● kadang2 fokus hilang dan penglihatan agak kabur

For me, Freshlook lenses ni memang cantik tapi tak berapa selesa untuk dipakai. Maximum boleh pakai lense ni pun setakat 4-5 jam lepas tu mata jadi kering dan pedih2. Lagi teruk kalau stay dalam bilik beraircond. Ubat titis pelembab mata memang jadi bestfriend lah masa tu. Ramai pengguna yang komplen masalah yang sama jadi kesimpulannya water retention for these lenses tak berapa bagus. 


Secondly, agak bahaya kalau penglihatan jadi kabur walaupun kejap je. Kalau tengah driving tetiba mata kabur memang naya. 


☆☆ Will you buy it again?☆☆
Most probably tak. Walaupun colour sangat lawa tetapi keselesaan ketika memakai lagi penting. Ni kalau pakai tapi asyik dok kedip2 mata, macam mana orang nak nampak kaler dia, dak gitu? Pastu kalau orang terperasan kita terkedip mata kat dia, macam mana nak jawab? Hehe

So, time to move on to the next colour contacts brand 😃

CONVERSATION

1 comments:

  1. Top 10 Best Titanium Eyeglass Frames | TITIAN ART - ITIAN
    The Best Titanium Eyeglass Frames | micro touch titanium trim TITIAN ART camillus titanium knife - ITIAN micro titanium trim ART is our favorite choice of the best! Our titanium frames bring the perfect finishing hypoallergenic titanium earrings shine to oakley titanium sunglasses every $39.99 · ‎In stock

    ReplyDelete

Back
to top